" umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam
menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas,
disifatkan sebagai syirik kepada Allah" -Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria
"Isu Sekualiti Merdeka yang
berselindung di sebalik slogan hak asasi manusia dan kebebasan adalah doktrin
untuk menghancurkan manusia" -Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, aktivis Ilmuan
Muda Malaysia
melahirkan kegusaran dan
kebimbangan akan menularnya fahaman liberal dan songsang dalam kalangan
masyarakat Islam di Malaysia yang bertopengkan "hak asasi manusia".
MUIS berpendirian hak asasi manusia adalah sesuatu yang diiktiraf oleh Islam.
Namun begitu, penerimaan hak asasi ini mestilah diterima di dalam ruang lingkup
yang tidak meyanggahi prinsip-prinsip agama dan nila-nilai moral, budaya, etika
dan adab sopan. sebarang aktiviti sonsang sebegini bukan sahaja menyentuh
sensiviti umat Islam malah boleh dianggap satu usaha ke arah mencabar
kedaulatan negara berpaksikan Islam sebagai agama Persekutuan. -Majlis Ulama
Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS)
Allah S.W.T berfirman : "Dan
(ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "mengapa kamu
mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu
mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita?.
Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat
perbuatanmu)." (surah an-Naml: ayat: 54-55)
dan Allah S.W.T berfirman lagi:
"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di
atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah
yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan
itu tiadalah jauhdari orang-orang yang zalim." (surah Hud: ayat 82-83)
masyarakat perlu sedar bahawa
golongan LGBT ini merupakan satu budaya yang tidak boleh diterima norma
masyarakat dan ditentang habis-habisan oleh agama Islam. malangnya masyarkat
hari ini tidak tahu bagaimana mereka dapat membantu golongan-golongan ini untuk
kembali ke jalan yang lurus. harus diingatkan sebagai umat Islam tanggungjawab
mencegah kemungkaran yang ada disekeliling kita adalah wajib. oleh itu
sama-sama kita turun padang untuk membantu golongang ini. jangan sesekali kita
mengelak berhadapan dengan mereka dan meminggirkan golongan ini.
bantulah apa jua kemampuan dan
kepakaran yang ada pada diri kita. kita tidak hanya boleh harapkan atau
lepaskan tanggungjawab membanteras gejala ini kepada pihak berkuasa atau
kerajaan. tetapi ini adalah tanggungjawab bersama. ayuh kita cegah semoga
negara Malaysia ini tidak menghasilkan golongan yang boleh merosakkan bangsa
dan agama pada masa hadapan. sesungguhnya jika kita tidak bersama mencegah,
maka Allah pasti akan menurunkan bala bencana yang dasyat atas kelekaan kita
pada duniawi semata-mata. semoga apa yang kita buat Allah sahaja yang membalas
kebaikan kita.InsyaAllah
by: Ayo Kezambo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan