Bismillahirrahmanirrahim
assalamulaikum para sahabat yang dikasihi...
wanita fitnah yang paling bahaya
sabda Rasulullah S.A.W: tiada aku tinggalkan selepas aku (wafat nanti) satu fitnah yang lebih bahaya ke atas kaum lelaki berbanding fitnah (dari) kaum wanita
imam al-Bukhari & imam Muslim
wanita durjana punca kebinasaan sesuatu kaum
sabda Rasulullah S.A.W: peliharalah dirimu dari (fitnah) dunia, dan peliharalah dirimu dari (fitnah) kaum wanita, maka sesungguhnya mula-mula fitnah (yang membinasakan) Bani Israil itu ialah (fitnah) wanita
hadist riwayat imam Muslim
wanita kosmetik berharga bagi syaitan
daripada Jabir r.a katanya, Rasulullah bersabda: bahawasanya perempuan itu berjalan mengadap (kita) dalam bentuk rupa syaitan, dan berjalan membelakangi (kita) dalam bentuk rupa syaitan. apabila seseorang daripada kamu terpesona dengan perempuan dan meninggalkan kesan dihatinya maka segeralah pergi menemui isterinya lalu menjimaknya kerana sedemikian itu akan dapat menghilangkan ganguan perasaan di dalam dirinya
Hadist riwayat imam Muslim
hadis ini menerangkan kepada kita bahawa pergerakan dan penampilan kaum wanita ketika berdepan dengan kita atau membelakangi kita boleh mengganggu kesucian hati seseorang, sepertimana syaitan yang sentiasa mengganggu kesucian hati kita. ini nasihat baginda rasulullah S.A.W di zaman kaum hawa tinggi moral pekertinya. bagaimana pula dengan kaum hawa yang bejat moralnya; suka mengoyang-goyangkan pinggulnya, mempamirkan kejelitaan bentuk tubuh badannya, kemulusan kulitnya, kemontokannya, kerampingannya, yang mengisi minda dan maha guru orang tua-tua, muda, jejaka, anak dara, dan kanak-kanak kita di internet, game, video dan kaca TV?
maka tidak hairan kalu perdagangan pelacuran pelajar sekolah seperti yang di heboh di Melaka baru-baru ini berlaku. bahkan pengerusi PIBG Malaysia pun tidak terkejut dengan kejadian itu memandangkan pergaulan bebas sudah tidak dapat dibendung lagi. saya tidak mahu memuatkan fakta-fakta pelcuran di dalam risalah ini, kerana ini bukan hadaf 9matlamat) saya. kalau tidak, sudah tentu buku ini akan dipenuhi gambar-gambar yang menarik dan seksi. masa dulu, orang istilahkan pelacur wanita itu sebagai ibu ayam lelaki pula sebagai bapa ayam, tetapi sekarang ini sudah bertambah satu lagi istilah baru iaitu kakak ayam untuk pelacur remaja wanita dan abang ayamuntuk pelacur remaja lelaki. tak tahulah, apa nak jadi dengan kita ini kalau sampai anak ayam pun jadi pelacur?
wanita umpan yang paling baik bagi syaitan
daripada Ibnu mas'ud daripada Nabi S.A.W sabdanya: " perempuan itu aurat (objek paling menarik), apabila ia keluar, maka syaitan akan menumpukan perhatian kepadanya (untuk menyesatkannya atau menyesatkan orang lain dengannya)
hadis riwayat imam al-Tirmizi
semoga kita semua dapat menghayati hadist2 ini sebagai peringatan untuk menjauhkan diri dari kemungkaran
yang baik datangnya dari Allah, dan buruknya datangnya dari diri saya sendiri...
DISUNTING SEMULA OLEH
ayo kezambo
SUMBER: BUKU DILEMA ANAK ZINA DI ERA GLOBALISASI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan