Assalamualaikum…
Masyarakat menajdi gawat kerana meningkatnya kerana meningkatnya kes rogol dan zina. Walaupun terdapat ramai perogol dan penzina atau golongan hamba kepada nafsu syawat ini bebas berkeliaran di kalangan masyarakat, namun masih terdapat ramai remaja perempuan yang tidak takut atau tidak malu mendedahkan aurat serta berjinak dengan golongan lelaki yang besar kemungkinan akan menjadikan mereka mangsa rogol seterusnya. Mereka pula terlalu mudah ditipu, dipujuk, dirayu, dan dibawa ke tempat sunyi atau mengikuti lelaki yang mungkin rosak akhlaknya.
“dan janganlah mereka (perempuan yang beriman) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedada, dan janganlah nampakkan oerhiasan mereka…” (An-Nur: 31)
“hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: hendaklah mereka mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang beriman) agar tidak diganggu oleh lelaki jahat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)
Islam mewajibkan wanitanya menutup aurat kerana adalah amat sukar membezakan diantara lelaki yang beriman yang takut kepada hokum Allah dengan lelaki yang rosak akhlak (jahat) tetapi berpura-pura baik. Oleh itu menjadi kewajiban kepada setiap wanita islam agar mereka menjaga kehormatan diri mereka supaya tidak mudah ditipu atau digoda.
Sesetengah wanita adalah tentera kepada syaitan. “engkau adalah tenteraku, engkau mata panahku yang aku lemparkan, engkau tempat rahsiaku, engkau utusan pada keperluan” kata syaitan kepada wanita yang buruk akhlaknya yang mendedahkan aurat bagi menaikkan nafsu syawat.
Rasulullah bersabda: “ sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat….mereka itu tidak akan masuk syurgaa dan tidak akan mencium baunya.” (Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda: “hai Ali! Pada malam aku diangkat kelangit aku melihat kaum perempuan dari umatku diseksa dineraka dengan bermacam2 seksaan, lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya…….”
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: “wahai anakku, ada pun perempuan yang digantung dengan rambutnya adalah kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (bukan muhrim)”
Dari mata datangnya CINTA dari mata turun kehati! Oelh kerana itu islam mewajibkan setiap umatnya memlihara mata agar hati tidak mudah tergoda.
Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur, sekiranya ia terjaga pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang2 yang takut kepada balasan Allah
“katakan kepada orang laki2 yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara kehormatannya; sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30)
“katakan kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan jangan mendedahkan perhiasan mereka” (An-Nur: 31)
”janganlah kamu menghapiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat” (Al Israk: 32)
Islam mengajar penganutnya agar menjauhi segala perbuatan yang boleh menimbulkan syahwat.
Pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, menonton dan membaca bahan lucah, mendedahkan aurat serta mengambil makanan atau minuman yang menaikan syahwat dan akan membawa kepada perbuatan zina.
Berkata Nabi Isa a.s: “takutlah kamu sekalian pada pandangan sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat didalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu.”
Orang bertanya kepada Nabi Yahya a.s “apakah permulaan zina” Nabi Yahya a.s menjawab” melihat dan berangan-angan”
Rasulullah S.A.W bersabda : “pandangan itu panah yang beracun dari panah2 iblis. Oleh itu barangsiapa yang meninggalkan pandangan lkerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya”
Bermula dari renungan mata, kemudian bersentuh-sentuhandan ringan2 tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal maka hilanglah rasa takut atau malu.
Rasulullah S.A.W bersabda: “tiap2 anak Adam (manusia) itu mempunyai baghagian dari zina. Dua matanya berzina , iaitu memandang sesuatu yang menaikan syahwat dan tangannya berzina iaitu memegang mereka bukan muhrimnya. Dua kakinya berzina iaitu berjalan ke tempat maksiat. Mulutnya berzina iaitu mencium dan hati itu bercita-cita dan berangan-angan melalukan zina. Kemudian sahkan yang demikian itu oelh kemaluannya”(muslim)
Berkata syaitan kepada Nabi Musa. “janganlah engkau berdua-duaan dengan perempuan yang tiada halal bagimu. Kerana apabila seseorang lelaki berdua-duaan dengan perempuan yang tidak halal baginya, maka aku (syaitan)lah temannya. Lalu aku goda lelaki dengan perempuan tersebut dan aku goda perempuan tersebut dengan lelaki tersebut”
Rasulullah S.A.W bersabda: “ apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah kemu cegah dengan tangan, sekirannya tidak mampu dengan tangan maka hendaklah kamu cegah dengan lidah, sekiranya tidak mampu dengan lidah maka hendaklah kamu cegah dengan hati. Tiadalah iman selepas itu.”
untuk mengawal nafsu, islam mewajibkan kita agar berkahwin. Jika kita gagal menahan nafsu dan terjerumus dalam dalam perbuatan zina, Islam juga menyediakan hukuman berat keatas mereka yang melakukan perbuatan keji ini.
“perempuan2 dan lelaki2 yang berzina, hendaklah keduanya didera (sebat) dengan masing2 100 sebatan” (An-Nur: 2)
Oleh kerana masih ramai manusia tidak takutkan Allah, ditambah pula dengan hukuman Allah yang gagal dijalankan, maka kes rogol dan zina semakin bertambah saban hari.
Sesungguhnya Allah’Azza wa lalla, apabila hambanya berbuat maksiat kepadaNya, nescaya ia amat penyantun. Apabila hamba itu kembali kepada perbuatan maksiat pada kali yang lain, nescaya Allah akan menutup dosanya. Apabila hamba itu memakai maksiat itu sebagai pakaiannya (sebati), nescaya Allah marah kepadanya. Kemarahan dimana langit, bumi, gunung2, pohon kayu dan haiwan menjadi sempit daripadanya. Siapakah orang yang sanggup menahan kemarahan Allah.
“maka pernahkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkan mereka sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah akan memberikannya pertunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (Al Jathiyah: 23)
Penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang berzina atau mangsa rogol tidak akan hilang hingga ke akhir hayat. Masa depan mereka musnah dan mereka hidup penuh kehinaan, apatah lagi tepaksa menderita setiap saat kerana mengandungka anak luar nikah dari perbuatan yang dikutk Allah dan dikutuk manusia.
Terdapat juga kes2 di mana mangsa rogol atau mereka yang berzina akhirnya menjadi pembunuh kerana membuang bayi tersebut kedalam tong sampah, dalam tandas, dalam semak dan membiarkan bayi dimakan ulat2, anjing2 dan cacing. Mereka ini lebih kejamnya seperti arab jahiliyah sebelum kedatangan islam.
“laki2 yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan dengan laki2 yang berzina.” (An-Nur: 3)
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: takutlah kamu dari perbuatan zina, kerana bagi mereka yang berzina mereka di berikan 6bala dan seksaan: tiga bala sewaktu didunia iaitu;
- Allah mengurangkan rezekinya
- Hidupnya yang hilang keberkatan
- Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
Rasulullah S.A.W ketika israk dan Mikraj diperlihatkan Allah 1 kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Penzina lelaki dan perempuan digantung pada buah dada mereka dengan rantai api eraka dan kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli2 neraka yang lain mengeluh dan meminta agar mereka dijaukan dari golongan penzina tersebut.
Apakah anda masih sanggup menghampiri zina? Besar kemungkinan anda akan terlanjur dan melakukan zina!!! Jika ini berlaku anda akan pasti mendapat siksaan yang sama dari Allah S.W.T didunia dan akhirat.
“berilah mereka peringatan, akan hari (kiamat) yang sudah dekat waktunya ketika itu hati (menyesak) sampai kerongkong dengan menahan kesedihan. Orang2 yang bersalah itu tidak mempunyai teman yang setia dan penolong yang member syafaat. Allah mengetahui mata yang khinat dan apa yang tersembunyi oleh hati” (Al-mu’min: 18-19)
Sesunggunya Allah tidak akan menmungkiri janji-janjiNya
Wa Allahu Alam
Yang baik datangnya dari Allah S.W.T… yang buruknya datang dari diri saya sendiri…
Disunting semula oleh: (ayo kezambo)
Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan