Rabu, 18 Januari 2012

wanita fitnah yang paling bahaya

Bismillahirrahmanirrahim  


assalamulaikum para sahabat yang dikasihi...

wanita fitnah yang paling bahaya

sabda Rasulullah S.A.W: tiada aku tinggalkan selepas aku (wafat nanti) satu fitnah yang lebih bahaya ke atas kaum lelaki berbanding fitnah (dari) kaum wanita
imam al-Bukhari & imam Muslim


wanita durjana punca kebinasaan sesuatu kaum

sabda Rasulullah S.A.W: peliharalah dirimu dari (fitnah) dunia, dan peliharalah dirimu dari (fitnah) kaum wanita, maka sesungguhnya mula-mula fitnah (yang membinasakan) Bani Israil itu ialah (fitnah) wanita
hadist riwayat imam Muslim


wanita kosmetik berharga bagi syaitan

daripada Jabir r.a katanya, Rasulullah bersabda: bahawasanya perempuan itu berjalan mengadap (kita) dalam bentuk rupa syaitan, dan berjalan membelakangi (kita) dalam bentuk rupa syaitan. apabila seseorang daripada kamu terpesona dengan perempuan dan meninggalkan kesan dihatinya maka segeralah pergi menemui isterinya lalu menjimaknya kerana sedemikian itu akan dapat menghilangkan ganguan perasaan di dalam dirinya
Hadist riwayat imam Muslim

hadis ini menerangkan kepada kita bahawa pergerakan dan penampilan kaum wanita ketika berdepan dengan kita atau membelakangi kita boleh mengganggu kesucian hati seseorang, sepertimana syaitan yang sentiasa mengganggu kesucian hati kita. ini nasihat baginda rasulullah S.A.W di zaman kaum hawa tinggi moral pekertinya. bagaimana pula dengan kaum hawa yang bejat moralnya; suka mengoyang-goyangkan pinggulnya, mempamirkan kejelitaan bentuk tubuh badannya, kemulusan kulitnya, kemontokannya, kerampingannya, yang mengisi minda dan maha guru orang tua-tua, muda, jejaka, anak dara, dan kanak-kanak kita di internet, game, video dan kaca TV?

maka tidak hairan kalu perdagangan pelacuran pelajar sekolah seperti yang di heboh di Melaka baru-baru ini berlaku. bahkan pengerusi PIBG Malaysia pun tidak terkejut dengan kejadian itu memandangkan pergaulan bebas sudah tidak dapat dibendung lagi. saya tidak mahu memuatkan fakta-fakta pelcuran di dalam risalah ini, kerana ini bukan hadaf 9matlamat) saya. kalau tidak, sudah tentu buku ini akan dipenuhi gambar-gambar yang menarik dan seksi. masa dulu, orang istilahkan pelacur wanita itu sebagai ibu ayam lelaki pula sebagai bapa ayam, tetapi sekarang ini sudah bertambah satu lagi istilah baru iaitu kakak ayam untuk pelacur remaja wanita dan abang ayamuntuk pelacur remaja lelaki. tak tahulah, apa nak jadi dengan kita ini kalau sampai anak ayam pun jadi pelacur?


wanita umpan yang paling baik bagi syaitan

daripada Ibnu mas'ud daripada Nabi S.A.W sabdanya: " perempuan itu aurat (objek paling menarik), apabila ia keluar, maka syaitan akan menumpukan perhatian kepadanya (untuk menyesatkannya atau menyesatkan orang lain dengannya)
hadis riwayat imam al-Tirmizi


semoga kita semua dapat menghayati hadist2 ini sebagai peringatan untuk menjauhkan diri dari kemungkaran
yang baik datangnya dari Allah, dan buruknya datangnya dari diri saya sendiri...

DISUNTING SEMULA OLEH
ayo kezambo

SUMBER: BUKU DILEMA ANAK ZINA DI ERA GLOBALISASI
OLEH FARHAN BIN HJ HASYIRI AL MADURI

kuasa, pengaruh, kepandaian, harta, kuasa... gunakan anugerah yang diberi sebaik mungkin... tapi jangan RIAK!

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim
Assalamualaikum…

Masyarakat menajdi gawat kerana meningkatnya kerana meningkatnya kes rogol dan zina. Walaupun terdapat ramai perogol dan penzina atau golongan hamba kepada nafsu syawat ini bebas berkeliaran di kalangan masyarakat, namun masih terdapat ramai remaja perempuan yang tidak takut atau tidak malu mendedahkan aurat serta berjinak dengan golongan lelaki yang besar kemungkinan akan menjadikan mereka mangsa rogol seterusnya. Mereka pula terlalu mudah ditipu, dipujuk, dirayu, dan dibawa ke tempat sunyi atau mengikuti lelaki yang mungkin rosak akhlaknya.

“dan janganlah mereka (perempuan yang beriman) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedada, dan janganlah nampakkan oerhiasan mereka…” (An-Nur: 31)
“hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: hendaklah mereka mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang beriman) agar tidak diganggu oleh lelaki jahat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)

Islam mewajibkan wanitanya menutup aurat kerana adalah amat sukar membezakan diantara lelaki yang beriman yang takut kepada hokum Allah dengan lelaki yang rosak akhlak (jahat) tetapi berpura-pura baik. Oleh itu menjadi kewajiban kepada setiap wanita islam agar mereka menjaga kehormatan diri mereka supaya tidak mudah ditipu atau digoda.
Sesetengah wanita adalah tentera kepada syaitan. “engkau adalah tenteraku, engkau mata panahku yang aku lemparkan, engkau tempat rahsiaku, engkau utusan pada keperluan” kata syaitan kepada wanita yang buruk akhlaknya yang mendedahkan aurat bagi menaikkan nafsu syawat.

Rasulullah bersabda: “ sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat….mereka itu tidak akan masuk syurgaa dan tidak akan mencium baunya.” (Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda: “hai Ali! Pada malam aku diangkat kelangit aku melihat kaum perempuan dari umatku diseksa dineraka dengan bermacam2 seksaan, lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya…….”

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: “wahai anakku, ada pun perempuan yang digantung dengan rambutnya adalah kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (bukan muhrim)”

Dari mata datangnya CINTA dari mata turun kehati! Oelh kerana itu islam mewajibkan setiap umatnya memlihara mata agar hati tidak mudah tergoda.
Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur, sekiranya ia terjaga pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang2 yang takut kepada balasan Allah

“katakan kepada orang laki2 yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara kehormatannya; sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30)
“katakan kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan jangan mendedahkan perhiasan mereka” (An-Nur: 31)

”janganlah kamu menghapiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat” (Al Israk: 32)

Islam mengajar penganutnya agar menjauhi segala perbuatan yang boleh menimbulkan syahwat.

Pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, menonton dan membaca bahan lucah, mendedahkan aurat serta mengambil makanan atau minuman yang menaikan syahwat dan akan membawa kepada perbuatan zina.

Berkata Nabi Isa a.s: “takutlah kamu sekalian pada pandangan sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat didalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu.”

Orang bertanya kepada Nabi Yahya a.s “apakah permulaan zina” Nabi Yahya a.s menjawab” melihat dan berangan-angan”

Rasulullah S.A.W bersabda : “pandangan itu panah yang beracun dari panah2 iblis. Oleh itu barangsiapa yang meninggalkan pandangan lkerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya”

Bermula dari renungan mata, kemudian bersentuh-sentuhandan ringan2 tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal maka hilanglah rasa takut atau malu.
Rasulullah S.A.W bersabda: “tiap2 anak Adam (manusia) itu mempunyai baghagian dari zina. Dua matanya berzina , iaitu memandang sesuatu yang menaikan syahwat dan tangannya berzina iaitu memegang mereka bukan muhrimnya. Dua kakinya berzina iaitu berjalan ke tempat maksiat. Mulutnya berzina iaitu mencium dan hati itu bercita-cita dan berangan-angan melalukan zina. Kemudian sahkan yang demikian itu oelh kemaluannya”(muslim)
Berkata syaitan kepada Nabi Musa. “janganlah engkau berdua-duaan dengan perempuan yang tiada halal bagimu. Kerana apabila seseorang lelaki berdua-duaan dengan perempuan yang tidak halal baginya, maka aku (syaitan)lah temannya. Lalu aku goda lelaki dengan perempuan tersebut dan aku goda perempuan tersebut dengan lelaki tersebut”

Rasulullah S.A.W bersabda: “ apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah kemu cegah dengan tangan, sekirannya tidak mampu dengan tangan maka hendaklah kamu cegah dengan lidah, sekiranya tidak mampu dengan lidah maka hendaklah kamu cegah dengan hati. Tiadalah iman selepas itu.”

untuk mengawal nafsu, islam mewajibkan kita agar berkahwin. Jika kita gagal menahan nafsu dan terjerumus dalam dalam perbuatan zina, Islam juga menyediakan hukuman berat keatas mereka yang melakukan perbuatan keji ini.
“perempuan2 dan lelaki2 yang berzina, hendaklah keduanya didera (sebat) dengan masing2 100 sebatan” (An-Nur: 2)

 Oleh kerana masih ramai manusia tidak takutkan Allah, ditambah pula dengan hukuman Allah yang gagal dijalankan, maka kes rogol dan zina semakin bertambah saban hari.
Sesungguhnya Allah’Azza wa lalla, apabila hambanya berbuat maksiat kepadaNya, nescaya ia amat penyantun. Apabila hamba itu kembali kepada perbuatan maksiat pada kali yang lain, nescaya Allah akan menutup dosanya. Apabila hamba itu memakai maksiat itu sebagai pakaiannya (sebati), nescaya Allah marah kepadanya. Kemarahan dimana langit, bumi, gunung2, pohon kayu dan haiwan menjadi sempit daripadanya. Siapakah orang yang sanggup menahan kemarahan Allah.

“maka pernahkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkan mereka sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah akan memberikannya pertunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (Al Jathiyah: 23)

Penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang berzina atau mangsa rogol tidak akan hilang hingga ke akhir hayat. Masa depan mereka musnah dan mereka hidup penuh kehinaan, apatah lagi tepaksa menderita setiap saat kerana mengandungka  anak luar nikah dari perbuatan yang dikutk Allah dan dikutuk manusia.

Terdapat juga kes2 di mana mangsa rogol atau mereka yang berzina akhirnya menjadi pembunuh kerana membuang bayi tersebut kedalam tong sampah, dalam tandas, dalam semak dan membiarkan bayi dimakan ulat2, anjing2 dan cacing. Mereka ini lebih kejamnya seperti arab jahiliyah sebelum kedatangan islam.

“laki2 yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan dengan laki2 yang berzina.” (An-Nur: 3)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: takutlah kamu dari perbuatan zina, kerana bagi mereka yang berzina mereka di berikan 6bala dan seksaan: tiga bala sewaktu didunia iaitu;
  • Allah mengurangkan rezekinya
  • Hidupnya yang hilang keberkatan
  • Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
Rasulullah S.A.W ketika israk dan Mikraj diperlihatkan Allah 1 kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan  dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Penzina lelaki dan perempuan digantung pada buah dada mereka dengan rantai api eraka dan kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli2 neraka yang lain mengeluh dan meminta agar mereka dijaukan dari golongan penzina tersebut.

Apakah anda masih sanggup menghampiri zina? Besar kemungkinan anda akan terlanjur dan melakukan zina!!! Jika ini berlaku anda akan pasti mendapat siksaan yang sama dari Allah S.W.T didunia dan akhirat.

“berilah mereka peringatan, akan hari (kiamat) yang sudah dekat waktunya ketika itu hati (menyesak) sampai kerongkong dengan menahan kesedihan. Orang2 yang bersalah itu tidak mempunyai teman yang setia dan penolong yang member syafaat. Allah mengetahui mata yang khinat dan apa yang tersembunyi oleh hati” (Al-mu’min: 18-19)
Sesunggunya Allah tidak akan menmungkiri  janji-janjiNya
Wa Allahu Alam

Yang baik datangnya dari Allah S.W.T… yang buruknya datang dari diri saya sendiri…
Disunting semula oleh: (ayo kezambo)
Wassalam…


Tasamuh elak perpecahan ummah

Perpaduan perlu jadi agenda utama satukan umat Islam

SEJAK wafatnya Baginda SAW, bermula zaman Saidina Uthman dan Saidina Ali, bibit perpecahan umat Islam mula kelihatan walaupun masih pada peringkat awal dan boleh dibendung. Kurun selepas itu menyaksikan perpecahan ummah kian parah hinggalah ke hari ini.

Dunia Arab hari ini tiada satu pun dalam keadaan aman dan cuba bandingkan dengan umat lain. Bangsa Eropah misalnya, adakah kedengaran peperangan di kalangan mereka?Mereka hidup sepakat dan bekerjasama dalam pelbagai aspek termasuk kewangan, bersetuju menggunakan mata wang Euro untuk 17 negara berbeza bangsa, budaya dan agama. 

Mereka boleh bekerjasama dalam bidang ekonomi serta politik dan menubuhkan Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotai 27 negara. Mereka bekerjasama dalam bidang ketenteraan dan menubuhkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), yang seolah-olah lebih berkuasa daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mendahului badan terbabit dalam keputusan ketenteraan.

Mungkin ada yang berkata umat Islam juga bersatu dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dianggotai 57 negara. Tetapi lihatlah sendiri apa yang boleh dibanggakan dengan OIC dan apakah sumbangan besar OIC terhadap negara Islam bertelagah hari ini? 

Kenapa umat Islam gagal bersatu? Banyak penyebab antaranya: 


  • Kita sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain. Pelawaan bekerjasama dan bersatu sering kedengaran, namun sering juga dilihat sinis.

    Ajakan itu disyaki ada agenda tersembunyi atau kononnya tidak ikhlas. Prasangka timbul kerana peristiwa silam berikutan kita pernah dianiayai atau ditipu dalam kerjasama dijalin sebelum ini. 

    Lalu pihak dianiaya lebih berhati-hati sejajar dengan pesanan Baginda SAW bermaksud: “Orang mukmin tidak dipatuk dari lubang sama dua kali.” 

    Berhati-hati itu wajar, tetapi prasangka perlu dikikis supaya kita boleh bersatu. Ia mungkin sukar kerana istilah tikam dari belakang begitu popular dalam masyarakat dan kerana itu apa juga usaha menyatupadukan umat Islam di negara ini menemui jalan buntu. 

    Di Barat berbeza. Masyarakat mereka melihat menikam dari belakang tindakan tidak beretika dan tidak bertamadun selain pengkhianatan, kerana itu ia jarang berlaku dalam masyarakat mereka. 

    Mereka juga mengambil tindakan pencegahan apabila setiap persefahaman dan kerjasama diikat dengan perjanjian terperinci dan dipersetujui bersama lalu ditandatangani. Masyarakat kita pula lebih mempercayai perjanjian lisan tanpa perlukan perjanjian bertulis. Inilah silapnya kita.




  • Umat Islam di negara ini kurang berlapang dada (tasamuh) sesama mereka tetapi lebih mudah bertolak ansur dengan orang lain. Mereka mempertahankan prinsip tanpa boleh digugat saudaranya, tetapi dengan bangsa lain mereka bertolak ansur dengan mudah.

    Demi perpaduan, ada ketikanya prinsip kita pegang terpaksa dikorbankan, begitu juga prinsip pihak satu lagi juga mungkin perlu dikorbankan untuk mencari titik persefahaman. Jika kedua-dua pihak tetap berkeras, maka sampai bila tiada jalan untuk berpadu. 

    Masing-masing perlu ada tolak ansur. Lazimnya, dalam meja rundingan, tiada pihak dapat sepenuhnya. Masing-masing perlu melepaskan sebahagian tuntutannya, maka barulah wujud persefahaman. 

    Walaupun kita rugi kerana terpaksa melepaskan perjuangan, namun kita mendapat lebih besar daripada itu, iaitu perpaduan. Insya Allah, apa yang kita korbankan memberi hasil lebih baik.

    Malah kaedah dalam usul fiqh ada menyebut, jika tidak dapat diperoleh semuanya, jangan dibuang semuanya. Di sinilah pentingnya pemimpin umat Islam bersifat tasamuh atau berlapang dada dalam perkara tidak dipersetujui.

    Hassan al-Banna ada menyebut, kita bekerjasama dalam perkara disepakati dan bertolak ansur dalam perkara berbeza pendapat.

    Pemimpin sama ada di kalangan umara mahupun ulama di pihak bertelagah perlu melihat kepentingan Islam dan perpaduan ummah mengatasi kepentingan peribadi atau kuasa politik.

    Meletakkan perpaduan ummah sebagai matlamat utama perjuangan sewajarnya menjadi agenda umat Islam negara ini sebelum terjerumus dalam kancah perpecahan lebih parah seperti dialami dunia Arab yang sukar bersatu lantaran persengketaan terlalu lama.

    Penulis ialah Pengarah Radio Institut Kefahaman Islam 
    Malaysia (IKIMfm)
     


  • umat akhir zaman... Sedarlah!!!

    Bismillahirrahmanirrahim  

    Assalamualaikum buat saudara islam ku sekalian...

    dalam kita sibuk lalai dengan duniawi, kadang-kadang kita alpa tentang akhirat... kita lihat pelbagai masalah muncul dalam kalagan umat islam masa kini... tidak kita mereka yang berada di Negara Islam mana sahaja diseluruh dunia, antaranya peperangan, penindasan umat islam, peperangan sesama sedara islam dan lain-lain lagi... Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kita lihat negara kita ini 'Malaysia' tidak berlaku seperti dinegara-negara islam yang lain... negara kita masih aman damai, kurangnya berlaku bencana-bencana alam... tetapi, dalam keamanan inilah tanpa kita sedari ada kerosakan yang berlaku diantara umat islam di Malaysia... saudara saudari yang dirahmati Allah S.W.T.  , dalam kita mengejar kemajuan dalam pembangunan Negara, mencari ilmu pengetahuan, mengumpul harta, dan ingin hidup kesenangan kita terlupa sesuatu yang telah menyelusup masuk kedalam pemikiran kita… iaitu keseronokan duniawi… Hal ini dapat dilihat dalam konteks teknologi masa kini contohnya internet, media massa dan lain-lain lagi… semakin hari kalau kita lihat rakyat Malaysia lebih suka kepada hiburan tidak kira apa jua bentuk hiburan tersebut… sehingga urusan akhirat dilupakan atau dilambatkan… inilah perkara yang wujud dan ibarat penyakit HIV yang payah dibendung… bagi saya ini lah dinamakan PERANG SARAF @ PSYCO WAR… berpunca dari inilah bakyak gejala social dinegara ini meningkat dengan tinggi hari demi hari dan hilang kawalan diri hingga sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri atau kepuasan nafsu…


    Tsauban r.a berkata:
    Rasulullah S.A.W berkata “ hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu… bagaikan orang-orang yang hendak makan mengeremuni talam hidangan mereka”
    Maka salah seorang sahabat bertanya
    “apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
    Nabi S.A.W menjawab
    “bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir… dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu… dan Allah mencampakkan kedalam hati kamu penyakit ‘WAHAN’
    Seorang sahabat bertanya
    “ apakah wahan itu wahai Rasulullah”
    Nabi S.A.W menjawab
    “CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI”

    Pada pendapat anda adakah apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W telah berlaku hari ini???

    Lihat lah disekeliling kita…

    Oleh itu, sama-samalah kita sedar akan kebuktian yang ada dan banyak lagi perkara yang berlaku pada masa kini… saya juga mengingati diri saya… sekiranya saudara saudari ingin berkongsi padangan atau ilmu yang ada saya amat mengalu-alukan…
    Yang baik datangnya dari Allah S.W.T… yang buruknya datang dari diri saya sendiri…
    Jika ada tersilap kata atau kesalahan harap dimaafkan… Wa'AllahuAlam
    Wassalam…